Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah mengingatkan penunggang motosikal bahawa lorong kecemasan di lebuhraya bukanlah hak eksklusif mereka, dan penunggang motosikal mesti sentiasa berwaspada dan fokus untuk keselamatan semua.
“Peringatan untuk semua pengguna lebuh raya! Lorong kecemasan bukanlah hak eksklusif penunggang motosikal. Ia turut digunakan oleh kenderaan lain yang berhenti jika berlaku sebarang kerosakan atau kecemasan di lebuhraya. Penunggang motosikal perlu sentiasa peka dan fokus ketika di lebuh raya demi keselamatan bersama,” kata LLM menerusi laman Facebook rasminya.
Baru-baru ini, terdapat kes seorang penunggang motosikal yang ‘naik angin’ apabila ada sebuah kereta menggunakan lorong kecemasan yang telah diaktifkan sebagai SmartLane di Lebuhraya Utara-Selatan. Penunggang motosikal tersebut secara sengaja telah merosakkan cermin sisi kereta terbabit sebelum memecut laju. Rakaman video insiden terbabit telah tular di laman media sosial dan mendapat pelbagai kecaman netizen.
Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.
source:https://paultan.org/2024/02/22/lorong-kecemasan-bukan-hak-eksklusif-buat-penunggang-motosikal-sentiasa-peka-fokus-llm/